Laporan polis di seluruh negara akan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Selasa ini kerana didakwa mempermainkan isu perkauman.<br /><br />Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres PKR berkata, tindakan Ahli Parlimen Pekan itu 'meracun' rakyat dengan sentimen perkauman perlu dihentikan.<br /><br />Tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan tuduhan Najib bahawa kegagalan Pakatan Harapan menyebabkan aset PETRONAS disita.